Kepentingan untuk mengecil dimensi dan saiz file gambar sebelum diupload kedalam blog anda amatlah tidak diambil berat oleh kebanyakkan blogger. Jika blog anda adalah self hosting, maka anda wajib resize image anda kerana untuk mengelakkan bandwidth bulanan anda akan cepat habis. Contohnya jikalau bandwidth bulanan anda adalah 1GB, anda uploadkan gambar jenis bmp yang saiznya 1mb, jika dalam sehari 100 orang visitor masuk ke blog anda sudah 100 mb bandwidth telah digunakan. Jadi dalam 10 hari saja bandwidth anda akan habis digunakan dan terus blog anda akan tergantung buat sementara.
Kebaikkan untuk mengecil dimensi dan saiz file gambar sebelum diupload kedalam blog:-
- Untuk mengelakkan bandwidth bulanan anda cepat habis ( untuk blog yang self hosting)
- Memastikan page anda tidak berat ketika loading
- Blog yang lambat loading akan memberi kesan kepada Search Engine Optimization (SEO)
- Mengurangkan storan file di web server anda (Self Hosting).
Jadi, jika anda mahu cara yang mudah mengecil dimensi dan saiz file gambar sebelum diupload kedalam blog, sila lihat video yang telah saya hasilkan dibawah.
Mudah bukan? Tidak perlu software dan hanya perlu menggunakan web browser kegemaran anda(Pilihan saya Mozilla Firefox). Masuk ke web ResizeYourImage.com untuk resize imej anda. Jika anda perlu pertolongan saya dalam ilmu blog, silalah tinggalkan komen dibawah dan saya sedia untuk membantu.

guna online x brapa baik mampatannya.masih tinggi lagi.saya guna advanced jpeg compresor.boleh buat watermark lagi
Betul.. Memang ada sofware lain yang lebih baik untuk resize dimension dan size image tetapi pengguna kena beli software tersebut dan juga terpaksa install kedalam pc terlebih dahulu. Sesetengah blogger update blognya di komputer pejabat yang mana tak boleh nak install apa-apa program lain. Sebab itu saya suggest cara nie. Apa-apa pun, terima kasih kerana berkongsi ilmu didalam blog saya yang tak seberapa famous nie. Hehehe.
x suka lagu dalam video..
Sat nak ubah lain..
oh… macam tu caranya…infor yang berguna. boleh dipraktikkan utk kegunaan web saya..
salam..camana nk ringankan blog sy eh..
Blog mana graphic ke? Kalau banyak graphic nak kena optimizekan gambar supaya sesuai untuk digunakan di dalam web.
terime kasih ye. sangat membantu sy.=)